BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 28 Julai 2009

Tips Menjadi Pemuda Pemudi Islam Yang Unggul

TIPS MENJADI PEMUDA DAN PEMUDI ISLAM UNGGUL

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'iy
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi dakwah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

1) Kenalpasti tahap kemampuan anda yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan anda
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
7) Perakui kejayaan anda
8) Tetap merendah diri
9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran anda
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya


"TEGAKKAN ISLAM DI DALAM DIRI KAMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI NEGARA KAMU!"

-AsSyahid Imam Hassan Al-Banna-


Sabtu, 11 Julai 2009

lagu tema...

Iltizam

Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Sandiwara tipuan khayalan
Kejahilan mainan syaitan
Emosi bukanlah penyelesaian
Wibawa semoga yang beriltizam?

Pengenalan...


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum dan salam ukhuwah kepada sahabat-sahabat sekalian...

Alhamdulillah dengan kewujudan laman blog ini diharapkan kita sama-sama dapat memanfaatkannya dengan info-info yang mendidik jiwa kita sebagai muslim yang pernah menuntut di madrasah yang telah menghimpunkankan banyak pengalaman yang sukar untuk dilupakan ketika di zaman persekolahan kita dahulu. Terlebih dahulu laman blog ini diperkenalkan bagi menghubungkan kembali silarturrahim antara kita semua yang pernah menimba ilmu di madrasah yang tercinta ini. "Pertama dalam Pilihan".


"Gambar bersama-sama YB Shamshulkahar, Pengetua
SMA Dato' Haji Mustafa dan Pengerusi PIBG sekolah
"


PROGRAM PEMBINAAN SAHSIAH DAN ALUMNI SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO' HAJI MUSTAFA TAHUN 2009.

Syukur Alhamdulillah buat julung-julung kalinya, pada tanggal 19, 20 dan 21 Jun 2009 telah dilangsungkan Program Motivasi Pembinaan Sahsiah untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 serta Majlis Makan Malam ALUMNI untuk bekas pelajar SMA Dato' Haji Mustafa. Program ini dianjurkan oleh ALUMNI SMA Dato' Haji Mustafa dengan kerjasama daripada pihak Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa, Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Hal Ehwal Murid SMA Dato' Haji Mustafa. Program seumpama ini dilaksanakan adalah untuk memperbaiki akhlak pelajar selaras dengan keperibadian seorang Muslim dengan menekankan ciri-ciri kepimpinan, membudayakan semangat cinta akan ilmu sertya mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan warga SMA Dato' Haji Mustafa. Majlis perasmian Program Pembinaan Sahsiah telah dirasmikan oleh Yang Berhormat tuan ShamshulKahar Bin Mohd. Deli (ADUN Kawasan Serting). Turut hadir jugapada majlis tersebut Encik Ranmadzan Bin Mohd. Yusuf (Kaunselor Pejabat Pelajaran Daerah Jempol), Tuan Haji Abu Samah Bin Jamal (Pengerusi PIBG SMA dato' Haji Mustafa) dan Encik Kamaruzaman Bin Jaffar (Pengetua SMA Dato' Haji Mustafa) serta para guru.

Proram Motivasi Pembinaan Sahsiah yang kami anjurkan ini adalah bertemakan "Sahsiah Terbaik Menjana Generasi Intelek". Fokus utama kami adalah untuk memperbaiki sahsiah dalam kalangan pelajar SMA Dato' Haji Mustafa yang kini kian pudar sehingga menjadi kebimbangan kepada warga yang prihatin terhadap persekitaran sebegini. Iklim Dini harus dikekalkan dalam suasana persekolahan pada masa kini. Sebagai seorang pelajar dialiran agama khususnya kita patut sedar bahawa kejayaan akademik haruslah diseiringkan dengan memiliki sahsiah yang terpuji agar tidak terpesong dan disalahgunakan pada masa akan datang. Dalam program yang telah dilaksanakan ini mengandungi pengisian yang melibatkan latihan dalam kumpulan(LDK) yang dibimbing oleh fasilitator-fasilitator masing-masing daripada bekas pelajar SMA Dato' Haji Mustafa. Pelbagai lagi aktiviti yang turut diselitkan dalam program tersebut termasuklah ceramah yang berkonsepkan sahsiah dan intelektual, aktiviti sukan yang mengiratkanlagi ukhuwah dalam kalangan pelajar dan fasilitator serta slot muhasabah yang amat memberi kesan positif kepada para pelajar.

Majlis Makan Malam ALUMNI juga turut diadakan bagi meraikan para guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam mendidik para pelajarnya sehingga berjaya menyambung pengajian ke tahap yang membanggakan dan ada yang telah berjaya dengan kerjaya masing-masing di samping menghubungkan kembali ikatan persahabatan yang telah terpisah selama beberapa tahun dahulu. Tema yang di ambil pada malam itu adalah "Sedetik Bersama Seusia Terasa". Walaupun pertemuan kami hanya sesingkat itu, namun telah memberikan seribu kenangan dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan oleh mata kasar.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak menyumbang masa, tenaga dan kewangan dalam bersama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa juga pada sahabat-sahabat yang telah bersama-sama bertungkus lumus melancarkan program kita yang buat julung kalinya dianjuran. Semoga sumbangan dan pengorbanan yang telah dicurahkan itu mendapat keberkatan daripada Allah insya-Allah..amien...


Penyampaian Cenderahati Kepada Pihak Sekolah




:: BoRaNg aLuMni ::

Nama Penuh:
Tarikh Lahir :
Alamat Email:
Alamat Terkini (Rumah) :
No. Telefon :
Pekerjaan :
Jika Masih Belajar Nyatakan di Mana :
Status : Bujang
Berkahwin
Tahun di SMADHM :
Komen dan Harapan :

Put a website form like this on your site.