BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 26 Disember 2009

::SELAMAT PENGANTIN BARU::


"SELAMAT PENGANTIN BARU!!!" Itulah kalimah atau ucapan yang sering kita ungkapkan buat dua pasangan sejoli yang baru memasuki ambang perkahwinan... Alhamdulillah, dengan izin Allah yang Maha Esa telah memberi jodoh kepada sahabat kita Rosaini binti Ghani dengan menemukan pasangan hidupnya pada 26 Disember 2009. Kami warga alumni mengucapkan selamat pengantin baru serta tahniah kerana sudah bergelar sebagai seorang isteri. Bajailah keluarga yang baru di bina dengan iman dan akidah yang utuh semoga bahagia hingga ke akhir hayat... Selamat melayari bahtera rumah tangga juga buat Rosaini dan semoga dirimu tabah dan sabar dalam mengharuhi ujian atau asam garam dalam kehidupan berumahtangga... Sudah tiga orang sahabat batch 01/05 ni berkahwin... Lepas ni giliran siapa pula ya... Kita tunnnggguuu... Turut hadir pada majlis persandingan Rosaini ialah wana, g'mah ali, asma, aishah, zilah, ayun, g'mah jani, munirah, syidah, fazlinah, shakilah, nasuha, amar nadiyah aminah beserta suami dan anak... Gembira kami dibuatnya kerana dapat bertemu kawan-kawan lama serta dapat makan nasi minyak di Lui Selatan... Lebih mengembirakan kami dapat bertemu Nadiyah Aminah dan keluarganya. Dah nak dapat cahaya mata kedua... Semoga amy dan keluarga dapat mendidik anak-anak dengan baik hingga ke tahap insan soleh dan solehah. Amien...

-Semoga menjadi isteri yang solehah insya-Allah-


-Wajah-wajah ceria bersama pengantin-


-Nadiyah Aminah bersama keluarga tersayang-




ini ja wakil kawan2 lelaki yang turut hadir..

Rabu, 16 Disember 2009

::KeNaPa KiTa Di GeLaR aLuMni::


Assalamu'alaikum para pengunjung sekalian... Bertemu kembali kita. Rasanya sudah lama blog ini tidak di"update"... Mungkin ada yang bosan melihatnyakan. Jika ada yang berasa sedemikian juga harap dapat beri komen dan cadangan ya. Jika susah nak masuk dekat ruang komen, letakkan sahaja komen anda pada kotak "sembang sahabat" tu ya... Sebenarnya artikel kali ini ingin di bincangkan tentang perihal "alumni". Mari sama-sama kita kupas isu ini :

Apa itu alumni?
Siapakah yang digelar alumni?
Adakah kita semua alumni?
Apakah tugas dan tanggungjawab alumni? dan
Pentingkah alumni?

Wah, dah macam edisi siasatlah pulakan! Apa-apa pun kita perlu tahu semua perkara ini barulah kita boleh fahamkan...Baiklah, kita mulakan dengan definisi alumni itu sendiri. Merujuk Kamus Dewan edisi ketiga alumni memberi maksud siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti.Menurut ensiklopedia Sains Sosial pula, Alumni diertikan sebagai “… sesiapa sahaja yang pernah hadir di sesebuah institusi pendidikan”, maka ia adalah layak dikenali sebagai "Alumni”. Jika kita boleh mendalami lagi definisi ini maka apa yang pasti ialah Alumni bermaksud sesiapa sahaja yang pernah belajar di institusi di mana ianya berada sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang dan peringkat pengajian masing-masing. Oleh hal yang demikian, kita semua sebagai individu yang pernah mengambil pendidikan di Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa yang juga dikenali sebagai sebuah institusi pendidikan akan tetap digelar "Alumni" walaupun kita belajar di sekolah ini selama beberapa tahun, bulan, minggu dan sewaktu dengannya. Oleh itu, sudah pastilah kita digelar sebagai alumnikan. Jika dibincangkan tentang tugas mahupun peranan sebagai alumni amatlah luas rasanya. Secara sinopsisnya dapatlah dikongsikan bahawa alumni ini juga merupakan tulang belakang dalam memajukan sesuatu institusi. Sebagai contoh, dalam bersama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti yg berkaitan ilmiah dan sahsiah. Sebagai seorang yang bergelar alumni, kita seharusnya bersatupadu bagi membantu pihak sekolah yang telah banyak memberi sumbangan kepada kita sehingga kita berjaya ke tahap yang boleh dibanggakan. Alumni ini penting dalam menyatukan kembali para pelajar yang telah terpisah. Setelah sekian jauh kita berpisah sudah pasti telah banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh.Oleh itu, tidak bolehkah kita berkongsi ilmu dan tenaga bagi memajukan sekolah kita pula. Marilah kita berjaya bersama-sama dengan bergabung tenaga bersama pihak sekolah bagi merealisasikan impian sekolah "Pertama dalam Pilihan". Konklusinya, kita adalah alumni dan kita perlu berjasa kepada pihak sekolah dengan bergabung tenaga dalam menganjurkan aktiviti yang dapat membantu sekolah kita menjadi unggul.Sebagaimana pepatah, alumni dan pihak sekolah adalah "bagai isi dengan kuku"...Alumni untuk semua!!!Majulah Alumni untuk SMA Dato' Haji Mustafa... Sekian.
Emel: alumni_smadhm@yahoo.com.my

:: BoRaNg aLuMni ::

Nama Penuh:
Tarikh Lahir :
Alamat Email:
Alamat Terkini (Rumah) :
No. Telefon :
Pekerjaan :
Jika Masih Belajar Nyatakan di Mana :
Status : Bujang
Berkahwin
Tahun di SMADHM :
Komen dan Harapan :

Put a website form like this on your site.