Assalamu'alaikum para pengunjung sekalian... Bertemu kembali kita. Rasanya sudah lama blog ini tidak di"update"... Mungkin ada yang bosan melihatnyakan. Jika ada yang berasa sedemikian juga harap dapat beri komen dan cadangan ya. Jika susah nak masuk dekat ruang komen, letakkan sahaja komen anda pada kotak "sembang sahabat" tu ya... Sebenarnya artikel kali ini ingin di bincangkan tentang perihal "alumni". Mari sama-sama kita kupas isu ini :
Apa itu alumni?
Siapakah yang digelar alumni?
Adakah kita semua alumni?
Apakah tugas dan tanggungjawab alumni? dan
Pentingkah alumni?
Wah, dah macam edisi siasatlah pulakan! Apa-apa pun kita perlu tahu semua perkara ini barulah kita boleh fahamkan...Baiklah, kita mulakan dengan definisi alumni itu sendiri. Merujuk Kamus Dewan edisi ketiga alumni memberi maksud siswazah atau lepasan sesebuah maktab atau universiti.Menurut ensiklopedia Sains Sosial pula, Alumni diertikan sebagai “… sesiapa sahaja yang pernah hadir di sesebuah institusi pendidikan”, maka ia adalah layak dikenali sebagai "Alumni”. Jika kita boleh mendalami lagi definisi ini maka apa yang pasti ialah Alumni bermaksud sesiapa sahaja yang pernah belajar di institusi di mana ianya berada sama ada secara sepenuh atau separuh masa dalam bidang dan peringkat pengajian masing-masing. Oleh hal yang demikian, kita semua sebagai individu yang pernah mengambil pendidikan di Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa yang juga dikenali sebagai sebuah institusi pendidikan akan tetap digelar "Alumni" walaupun kita belajar di sekolah ini selama beberapa tahun, bulan, minggu dan sewaktu dengannya. Oleh itu, sudah pastilah kita digelar sebagai alumnikan. Jika dibincangkan tentang tugas mahupun peranan sebagai alumni amatlah luas rasanya. Secara sinopsisnya dapatlah dikongsikan bahawa alumni ini juga merupakan tulang belakang dalam memajukan sesuatu institusi. Sebagai contoh, dalam bersama-sama menjalankan aktiviti-aktiviti yg berkaitan ilmiah dan sahsiah. Sebagai seorang yang bergelar alumni, kita seharusnya bersatupadu bagi membantu pihak sekolah yang telah banyak memberi sumbangan kepada kita sehingga kita berjaya ke tahap yang boleh dibanggakan. Alumni ini penting dalam menyatukan kembali para pelajar yang telah terpisah. Setelah sekian jauh kita berpisah sudah pasti telah banyak ilmu dan pengalaman yang diperoleh.Oleh itu, tidak bolehkah kita berkongsi ilmu dan tenaga bagi memajukan sekolah kita pula. Marilah kita berjaya bersama-sama dengan bergabung tenaga bersama pihak sekolah bagi merealisasikan impian sekolah "Pertama dalam Pilihan". Konklusinya, kita adalah alumni dan kita perlu berjasa kepada pihak sekolah dengan bergabung tenaga dalam menganjurkan aktiviti yang dapat membantu sekolah kita menjadi unggul.Sebagaimana pepatah, alumni dan pihak sekolah adalah "bagai isi dengan kuku"...Alumni untuk semua!!!Majulah Alumni untuk SMA Dato' Haji Mustafa... Sekian.
Emel: alumni_smadhm@yahoo.com.my
Rabu, 16 Disember 2009
::KeNaPa KiTa Di GeLaR aLuMni::
Dicatat oleh alumni_smadhm di 11:38 PTG
Label: KeNaPa KiTa Di GeLaR aLuMni
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan